Aguero Kecewa Layanan ‘Tak Adil’ Guardiola

SERGIO Aguero kecewa dengan kehidupannya di Manchester City di bawah pimpinan Pep Guardiola.

Pemain kebangsaan Argentina itu disisihkan ketika City menang 2-1 ke atas Manchester United awal bulan ini.

Malah ketika menang ke atas Totteham minggu lalu, Aguero dilihat menanggalkan sarung tangan sebelum membalingnya sebagai tanda kecewa selepas dikeluarkan ketika perlawanan berbaki kurang sejam lagi.

Aguero juga mahu diturunkan pada aksi suku akhir Piala Carabao menentang Leicester City minggu ini tetapi tidak disenaraikan dalam skuad utama.

Goal melaporkan Aguero merasakan dirinya tidak dilayan secara adil oleh Guardiola.

Pada masa sama, dia percaya Guardiola cuba memaksanya untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas akan datang.

Semasa pra musim, Aguero dilaporkan bertemu dengan Pengerusi City Khaldoon Al Mubarak di Los Angeles untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Guardiola.

Namun Khaldoon memberi jaminan kepada Aguero bahawa dia tidak akan dijual dan akan kerap diturunkan semasa dibawah kendalian Guardiola.

Aguero kini melihat Guardiola lebih berminat menurunkan Gabriel Jesus dan tidak menolak andaian akan berhijrah jika keadaan tidak berubah.

Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) antara pasukan yang berminat terhadap Aguero.

Malah pada awal tahun ini, penyerang sensasi itu turut dikaitkan bakal menyertai United.

mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*